follow.me

31 January 2014

tiada tajuk #7

maafkan aku.. bukan aku tidak mahu jatuh cinta tapi bimbang ia menyakitkan.

19 June 2013

tiada tajuk #2

siapapun aku..
siapapun kamu..
siapapun mereka..
bicaralah dengan rendah hati

tiada tajuk #4

wahai pemuja bunga
putih sucinya adalah maruah fitrahnya
jangan kau songsangkan
dengan akal kau yang cetek

wahai peniup serunai
mersik nada itu untuk kau dengar
untuk kau rasa tarinya
bukannya untuk kau cari rupanya

wahai yang berseloka
luncai sudahpun terjun
biarkan.. biarkan dia
jangan kau turut terjun
dan lemas dalam kata-kata...

06 March 2012

hb kat fb

kadang-kadang orang yang tidak pernah kenal kita akan lebih cepat memberi respon tentang status kat wall facebook kita.. ke mana hilang orang-orang yang mengaku rapat dan menjadi sahabat baik kita? penuh dengan hipokrit.. kalau fikir bodoh, rasa seperti dunia ini tidak adil.

apapun, kepada teman-teman facebook yang tak pernah aku kenal, yang wish birthday aku.. ikhlas ataupun tidak.. terima kasih yang tidak terhingga.

05 September 2011

dunia ini sentiasa berputar

dunia sentiasa berputar.. seperti juga roda. adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah. maka, jangan ingat yang kita sentiasa senang.. adakalanya ibubapa kita terhimpit dengan rasa susah dan sebagai anak kita tidak pernah tahu atau buat-buat tidak tahu tentangnya disebabkan kita sentiasa ingin merasa selesa..

sepertimana kita, ibubapa kita juga ada sahabat yang hampir.. yang sedia membantu. walaupun tidak banyak.. tapi bantuan yang sedikit boleh memberi nafas lega orang tua kita tu.

alih-alih, dek kerana kesombongan, keangkuhan dan kebodohan kita itu, timbul salah faham yang tidak sepatutnya.. kita mula melemparkan maki hamun dan ucap sial pada sahabat orang tua kita itu yang tanpa kita tahu sudah  berkali-kali pernah membantu keluarga kita.

seharusnya kamu merasa berdosa.. buang la kesombongan, keangkuhan dan kebodohan kamu jika kamu mahu selamat dunia dan akhirat.