dunia sentiasa berputar.. seperti juga roda. adakalanya kita berada di atas dan adakalanya kita akan berada di bawah. maka, jangan ingat yang kita sentiasa senang.. adakalanya ibubapa kita terhimpit dengan rasa susah dan sebagai anak kita tidak pernah tahu atau buat-buat tidak tahu tentangnya disebabkan kita sentiasa ingin merasa selesa..
sepertimana kita, ibubapa kita juga ada sahabat yang hampir.. yang sedia membantu. walaupun tidak banyak.. tapi bantuan yang sedikit boleh memberi nafas lega orang tua kita tu.
alih-alih, dek kerana kesombongan, keangkuhan dan kebodohan kita itu, timbul salah faham yang tidak sepatutnya.. kita mula melemparkan maki hamun dan ucap sial pada sahabat orang tua kita itu yang tanpa kita tahu sudah berkali-kali pernah membantu keluarga kita.
seharusnya kamu merasa berdosa.. buang la kesombongan, keangkuhan dan kebodohan kamu jika kamu mahu selamat dunia dan akhirat.