follow.me

07 April 2011

bila berkata-kata

bila berkata-kata, hendaklah korang berkata-kata dengan hati yang lembut dan sabar. bukan dengan makian dan mencela.. sebabnya, akal dan fikiran yang korang dapat sekarang bukannya bertujuan untuk berbuat hal yang bangang dan bodoh.

jika akal fikiran korang yang waras tu 'ditarik' semula oleh Pemiliknya Yang Mutlak.. korang bakal menjadi seorang yang bodoh dan gila, yang hanya tau makan, minum dan tidur..jadilah orang-orang yang bersyukur atas nikmat yang telah diberikan.. bukannya jadi golongan orang yang bodoh dan terus menjadi orang yang tidak siuman.

yang dewasa, harus menasihati yang masih muda.. yang muda pula harus akur tentang hal yang baik. tidak salah, jika sekali-sekala menjadi 'gila-gila'.. tapi jangan korang salahertikan makna 'gila-gila' dengan perkara yang bangang dan bodoh.

kacak, cantik atau comelnya korang, bukan terletak pada rupa paras atau apa yang korang pakai.. tapi pada akal dan fikiran yang baik.. juga pada hati yang lurus.

kalau korang tidak takut.. tunggu sahaja kifarat yang akan menimpa korang. bilang sahaja hari.. korang mungkin akan menjadi bisu kerana terlalu cabul berkata-kata.. atau korang mungkin akan mendapat hal yang lebih teruk.