follow.me

16 May 2011

selamat hari cik guru

jam 4.00 pagi..

sekarang ni, confirm ada beberapa orang cikgu yang xbley nak tido dek kerana memikirkan tentang hadiah yang akan diaorang dapat pagi nanti.. kira-kira, hari ni cam birthday la untuk diaorang. xpun cam hari raya.

sambil dok pikir baju apa nak pakai pada hari paling bermakna dalam kerjaya diaorang.. ada jugak yang memikirkan, mereka bagai xlayak terima sebarang hadiah sebab prestasi budak2nya tak menggalakkan.. ada jugak rasa tak layak terima dek kerana tragedi cikgu rogol budak sekolah atau dera budak sekolah.

apapun, bayangan diaorang.. korang sebagai anak murid.. sayanglah cikgu dengan sekadarnya. kata orang.. cikgu tu 'penyuluh ketika korang dalam kegelapan'.. kata orang jugak, cikgu tu 'pemegang kunci kejayaan korang.. dia juga akal ilmu'.
----
zaman aku dulu.. budak-budak ramai jugak yang jahat dan nakalnya tapi tetap sayang cikgu berbanding dengan yang lawan cikgu.. salah sape? salah pendidik atau salah yang di didik? atau salah mak bapak yang bagi susu tin cap ayam?
----
kesalahan tu bukan pada sebelah pihak.. jari tak boleh ditunding hanya pada cikgu, atau hanya pada budak sekolah.. ataupun hanya pada cikgu.. 
----
yang memegang akal ilmu harus bijaksana membimbing.. penyuluh dalam kegelapan adalah untuk mebawa ke jalan yang terang bukan mendera mental dan emosi. kita akan dihormati apabila kita tahu menghormati.
----
yang nak blaja, rebut la peluang.. sebab korangnya bukannya boleh tilik masa depan. hanya ilmu yang akan memartabatkan korang... hanya ilmu yang boleh selamatkan korang. jadi, tolong hormati yang menyalurkan ilmu.
----
mak bapak? korang ingat cukup ke dengan bagi duet belanja dan topupkan hp anak2 korang? anak korang sebenarnya ramai yang kurang vitamin kaseh sayang. xpandai jaga anak.. jangan beranak..
----
pemimpin plak yang koya pandai.. jangan tahu goyangkan kaki dan salahkan rakyat.. pikirlah formula supaya cikgu bleh jadi baek, anak murid bleh jadi baek.. dan mak bapak jugak boleh jadi baek.
----
aku pernah pergi satu sekolah ni.. sampai cikgu pernah cakap 'budak-budak kat sini bukan nak blaja, diaorang ni pelik sikit'.. so salah saper? salah aku ke sbb dengar cikgu tu cakap camtu?