follow.me

07 July 2011

manusia gila..

atas alasan apa untuk kau menjadi pembunuh yang amat kejam? kalau kau tidak punya alasan yang tepat dan alasan itu hanya menampakkan kau hanya ingin memuaskan nafsu buas kau itu.. Semoga Allah memberi laknat selagi kau tidak bertaubat..

aku hairan.. dimana akal waras yang Allah berikan kepada kau sehingga kau berperangai lebih buruk dari anjing. dimana sifat-sifat kau sebagai manusia sehingga kau sanggup menetak dan membunuh seseorang yang tak mampu melawan kekuatan dan daya kau?

aku cuba berfikir, seekor kucing pun aku tak sanggup nak tetak.. inikan pula seorang manusia. nak menghiris pun terlalu kasihan.. inikan pula nak menetak, membunuh dan membakar.. apa dosa budak itu terhadap kau?

wahai para polis, peguam dan hakim.. jangan kau bagi sedikit pun belas kasih pada manusia laknat itu.. dia adalah manusia yang bersekongkol dengan iblis.. jika aku tidak punya agama, aku akan syorkan kalian tidak menggantungnya terlalu cepat tapi seharusnya kalian seksa si jahanam itu sedikit demi sedikit. terlebih dulu. mula-mula, kalian patah-patah tulang dia. tuangkan asid di badan dia.. siat-siat kulitnya. letakkan habuk kaca.. perahkan limau..dan barulah kalian bakar dia hidup-hidup.. tapi aku seorang yang beragama. berdosa  jika aku menghukum kerana api dendam.

hei manusia laknat.. aku tahu dosa kau terlalu besar. bertaubatlah.. jujur aku katakan. walaupun aku amat-amat benci akan kau.. aku turut akan menitis airmata jika kau meraung sakit diseksa.. sebabnya aku berdiri dalam agama yang indah, yang tidak mengajar apa yang telah kau lakukan..

jika kau dihadapkan ke tali gantung.. maka insaflah.. bertaubatlah dengan sebenar-benarnya taubat. matilah kau dalam islam.. semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kau lakukan. dan jika Allah mengatur dan tidak meletakkan qada' dan qadar kau sebagai islam.. maka matilah kau dalam keadaan kufur dan dilaknat.. tanggunglah segala apa yang telah rosakkan di muka bumi ni..