follow.me

31 July 2011

salam ramadhan

1 ramadhan.. salam buat semua. semoga dengan bulan yang penuh keberkatan ini.. kita penuhkan harian kita dengan kebaikan. mana-mana yang selalu bercakap buruk tentang orang lain, bermaaf-maafan la.. mulakan semula dengan bercakap hal yang baik tentang sesiapa sahaja.

isikan ruang hati kita dengan cahaya yang terang-benderang dalam bulan ini kerana ia akan buat korang tersenyum gembira. nyahkan titik hitam yang iblis tinggalkan kepada kita.. buang segala prasangka buruk terhadap orang lain.

fikirkan, Allah Taala telah menyusun Qada' dan Qadar untuk kita saling kenal-mengenal supaya kita nasihat menasihati.. bukan untuk saling membenci.

----

tiada gunanya kita berpuasa selagi hati kita masih 'berkarat' dengan hasad dan dengki.. puasa bukanlah menyeru kita menjaga makan dan minum.. tapi adalah untuk menjaga dan mencuci hati..